Di sini, aku nak mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1430H kepada semua pembaca Anarm's Journal dan juga kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Aku hampir-hampir terlupa untuk create post tentang Maulidur Rasul ni. Nasib baik aku usyar blog Justkhai. Thanks Khai sebab tolong ingatkan. Thanks jugak kepada Azizwan sebab ko dah ingatkan Khai. Kalau tak memang semua la terlupa hari penting ni. Isk isk.. 
Hari ni, yang bertarikh 9 March 2009 bersamaan 12 Rabiul Awal 1430 Hijrah, umat Islam seluruh dunia menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W iaitu nabi terakhir diutuskan oleh Allah S.W.T untuk menyebarkan dakwah Islam kepada seluruh umat. Baginda Rasulullah S.A.W dilahirkan ke dunia pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571, pada waktu sebelum fajar.
Di bawah ni ada sedikit ringkasan Maulidur Rasul yang disambut oleh semua umat Islam:

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah S.W.T terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah S.W.T akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah S.W.T.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Disebalik kisah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W, terdapat banyak keajaiban yang dapat dilihat yang menunjukkan baginda merupakan insan terpilih. Antaranya:
Terdapat banyak hikmah di sebalik sambutan Maulidur Rasul ini. Antaranya:
Sekian.. Wallahualam!
Credit: RANDOMNESS