Melagho dengan superhero Watchmen

Watchmen
Anys and Sheila a.k.a Silolo ajak aku melagho. Aku ON je sebab malam minggu, esok tak kerja, so boleh la lepak lama-lama sikit walaupun tak cukup tido sebab buat kerja kat rumah.

Anys and Silolo gerak dari Damansara ke Alamanda. Diorang singgah kat umah Bosz dulu untuk culik Bosz. Lepas tu diorang gerak culik aku pulak. Arrgghh!! Kitorang diculik! Alang-alang dah kene culik, aku suruh diorang culik awek aku sekali. Kitorang pon gerak ke ofis baru awek aku sebab dia kena kerja. Time nak gi culik dia, dia dah boleh balik dah. Jalan raya dan signboard serta penunjuk arah kitorang berjaya menyesatkan kitorang sebanyak beberapa kali.

Akhirnya kitorang berjaya culik awek aku. Then kitorang pon gerak ke Alamanda, Putrajaya. Sampai je kat sana, si Anys ajak cari kedai makan sebab die dah kelaparan tahap babun bukit yang dah lama berpuasa ganti. Hahahha..

Kitorang cari food court sebab Anys mengidam nak makan sizzling hape ke bende ntah. Aku follow je sebab aku mangsa penculikan, kena ikut arahan, kalau tak nanti kena torture pulak.

suraya sedang makan waffleKat food court tu kitorang terpisah lak sebab masing-masing gi beli makanan. Aku dengan awek aku beli waffle. Pastu aku beli nasik campur sebab aku tengah kelaparan nasik sewaktu itu. Pastu sedar-sedar yang lain dah hilang. Aku carik tak jumpa. Last-last aku makan berdua je dengan awek aku. Romantik sikit. Hehe.. Rupa-rupanya diorang makan kat luar. Chisdel..

Then, kitorang gi tengok wayang. Cerita "Watchmen". Review aku tentang cite Watchmen 2 orang samseng wanita nak belasah Bosztu, sedikit membosankan. Tapi CGI dia memang power la . Yang membosankan adalah dari segi jalan cerita. Memang sape-sape yang dah tengok akan cakap cite tu merapu, merepek, bodo, ntah pape, dan sebagainya. Aku pon sama jugak. Tapi bila dah hayati betol-betol, aku rasa cerita tu memang cool. Character 'Rorschach' yang psycho dan suka menyisat ni memang dah berjaya menghasut minda aku. Aku memang suka sesuatu character atau scene yang berkait dengan misteri-misteri. Boleh buat kepala otak aku ni turut sama berfikir.

Watchmen 2009
Character superhero dalam cerita Watchmen
Watchmen mengisahkan 5 costume heroes yang dah bersara iaitu Rorschach, Dr.Manhattan, Nite Owl, Silk Spectre, dan Ozymandias yang bergabung semula selepas salah seorang rakan mereka, The Comedian mati dibunuh oleh pembunuh misteri. Jalan cerita ni berdasarkan catatan diari oleh Rorschach yang meyiasat punca kematian The Comedian tersebut disamping memberi amaran kepada semua rakan yang lain agar berhati-hati kerana ada pembunuh misteri yang berniat menghapuskan mereka semua. Nak tau lebih lanjut? Sila tengok di pawagam yang berhampiran dengan anda.



WARNING!
Bagi ibu bapa yang ingin menonton filem Watchmen dilarang membawa sekali anak-anak kecil sebab terdapat babak-babak yang kurang sesuai untuk budak-budak (18PL). Di mana terdapat babak rogol dan babak terlampau romantis atas katil serta babak kepala ditetak pakai parang!

Bosz dengan gaya membolingnyaSelesai tengok wayang, kitorang terus gerak ke bowling pulak. Aku dah mengantuk dan kepenatan nak main bowling. Banyak kali dah menguap. So, aku lepak-lepak jela dengan awek aku. Biar je Anys, Silolo, dengan Bosz je yang main. Kalau aku main mesti korang sume kalah laa..

Lepas dah setel semua acara kat Alamanda, kitorang cargas ke Bandar Baru Bangi untuk upacara makan di lewat malam. Kitorang lepak kat kedai makan yang aku, awek aku, dan Bosz selalu lepak. Lebih kurang jam 3 pagi, masing-masing pulang ke rumah untuk melagho di alam mimpi pulak.

Post a Comment

01. Sila komen dengan menggunakan Bahasa Melayu atau English.
02. Jangan komen menggunakan bahasa Uganda.
03. Sila guna nama sendiri dan URL blog sendiri.
04. DILARANG MEROKOK ketika menulis komen di sini.
05. Lepas dah komen kat sini, sila komen jugak kat entri-entri lain.

Terima kasih.

Previous Post Next Post