
Tadi aku lepak dengan awek aku, Suraya kat kedai makan sambil-sambil layan tengok tv projektor skrin besar. Sebenarnya kitorang tunggu nak tengok persembahan Raja Lawak peringkat akhir. Peserta yang layak ke final adalah Sepah, Jihan yang selalu kena kacau dengan JoZan dan Amir (I'm sorry!). Aku tak puas hati sebab LNJ tersingkir. Lawak LNJ aku rasa setanding dengan Sepah. Kalau LNJ masuk final aku rasa mesti ada fight yang kental antara diorang dengan Sepah sebab masing-masing ada idea lawak yang bagus dan selamba badak.

Merujuk kepada artikel "Kenapa LNJ Nangis Di Luar Gelanggang?" yang disiarkan di laman murai.com.my..
Berbalik kepada kisah di final tadi, peserta diberi 2 task. Task pertama diorang bebas nak buat lawak apa pon. Task kedua pulak berkonsep musical. Part musical ni la yang aku paling suka. Sepah dengan selamba badak buat lawak kisah pakcik-pakcik kat rumah orang tua-tua. Tambah-tambah diorang nyanyi pon best (Memang patut menang!). Jihan pulak berlakon dan bernyanyi ala-ala zaman Salomakot. Kurang menyengat berbanding lawak dia time jadi pramugari sebelum ni. Dan si Amir pulak, macam biasa, lebih banyak bercerita daripada bermusical. Menyanyi lagu dikir barat je dari minggu-minggu sudah sampai la ke final. Malu weh kawe tengok.
Keputusannya :
Sepah yang dianggotai 3 jejaka dari Johor - Shahmira Muhamad, 24 (Shuib), Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep, 23), dan Mohd Noor Murad (Mamat, 23) - mendahului dengan markah 48.12 peratus undian SMS daripada penonton rancangan popular itu.
Mereka membawa pulang sebuah kereta Citroen Picasso, wang tunai RM20,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro.
Peserta wanita iaitu Jihan atau Nuur Jihan Musa, 25, dari Shah Alam, memenangi tempat kedua dengan undian SMS sebenyak 30.81 peratus. Jihan membawa pulang sebuah motosikal jenama Naza Blade 250R, wang tunai RM14,000, barangan elektrik serta trofi.
Peserta kontroversi, Amir (I'm sorry) atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 20, di tempat ketiga dengan undian SMS sebanyak 21.07 peratus. Anak jati Kota Bharu, Kelantan itu memenangi wang tunai RM8,000, barangan elektrik serta trofi.
Jom saksikan Sepah beraksi di Gelanggang Final Raja Lawak.. Video dimulakan dengan aksi Johan dan Zizan yang sengal-sengal ubi (betol ke ayat aku ni?).. hahaha..
Gambar kat bawah ni pulak aksi peserta-peserta Raja Lawak bersama trofi kemenangan mereka. Tahniah diucapkan kepada Sepah, Jihan dan Amir. I'm sorry.. Ceettt..

"Saya sedih sangat. Ia bukan sebab keputusan tapi sebab selepas ini saya akan rindu semua kawan-kawan Raja Lawak 3. Kami semua dah macam adik-beradik, mesra dan tak pernah ada rasa dengki antara kami. Saya tidak akan lupa kenangan Raja Lawak 3 ini sampai bila-bila."
"Sebenarnya kami sendiri tidak pernah terlintas untuk berada sampai minggu ke-9 pun. Terima kasihlah banyak-banyak kepada semua pengundi yang menyokong kami setiap minggu."
"...kalau tanya siapa juara pilihan kami kelak, jawapannya tentulah... Sepah. Mereka memang selamba!"
Berbalik kepada kisah di final tadi, peserta diberi 2 task. Task pertama diorang bebas nak buat lawak apa pon. Task kedua pulak berkonsep musical. Part musical ni la yang aku paling suka. Sepah dengan selamba badak buat lawak kisah pakcik-pakcik kat rumah orang tua-tua. Tambah-tambah diorang nyanyi pon best (Memang patut menang!). Jihan pulak berlakon dan bernyanyi ala-ala zaman Saloma
Keputusannya :
Sepah yang dianggotai 3 jejaka dari Johor - Shahmira Muhamad, 24 (Shuib), Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep, 23), dan Mohd Noor Murad (Mamat, 23) - mendahului dengan markah 48.12 peratus undian SMS daripada penonton rancangan popular itu.
Mereka membawa pulang sebuah kereta Citroen Picasso, wang tunai RM20,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro.
Peserta wanita iaitu Jihan atau Nuur Jihan Musa, 25, dari Shah Alam, memenangi tempat kedua dengan undian SMS sebenyak 30.81 peratus. Jihan membawa pulang sebuah motosikal jenama Naza Blade 250R, wang tunai RM14,000, barangan elektrik serta trofi.
Peserta kontroversi, Amir (I'm sorry) atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 20, di tempat ketiga dengan undian SMS sebanyak 21.07 peratus. Anak jati Kota Bharu, Kelantan itu memenangi wang tunai RM8,000, barangan elektrik serta trofi.
Jom saksikan Sepah beraksi di Gelanggang Final Raja Lawak.. Video dimulakan dengan aksi Johan dan Zizan yang sengal-sengal ubi (betol ke ayat aku ni?).. hahaha..
Gambar kat bawah ni pulak aksi peserta-peserta Raja Lawak bersama trofi kemenangan mereka. Tahniah diucapkan kepada Sepah, Jihan dan Amir. I'm sorry.. Ceettt..

Peserta Raja Lawak seronok pegang trofi
Tags:
Santai