Perbezaan kawan, teman dan sahabat

friendship
Arrgghhh!! Aku bengang sangat... Yaa, sangat bengang. Eh! Hehe.. Hello! Kali ni aku nak cerita pasal kawan-kawan pulak kat blog ni. Saje nak luah perasaan. Kalau taknak dengar aku buat luahan perasaan, takpe la.. Tapi jangan lak keluar dulu. Apa kata korang click iklan-iklan yang ada dalam blog ni. Baru la aku tak geram dah. Hehe.. Sambil-sambil geram bercampur bengang ni, ade 1 benda aku nak kongsi dengan korang. Nak tau apa dia benda tu? Baca entri ni sampai habis ye.

Tadi aku ber'YM'ing dengan sorang member yang aku kenal kat forum SDC. Kitorang YM berkisar tentang kawan-kawan. Bila aku ingat balik bekas kawan-kawan aku, tiba-tiba rasa bengang lak. Kawan-kawan aku dulu ramai yang jenis kawan makan kawan, tikam kawan dari belakang, cakap tak serupa bikin, and macam-macam lagi lah. perumpamaan tu aku tak tau maksud dia. tapi sesuai la kot sebab bunyinya sangat jahat. Hahaha..

aku atau kucing ni yang bengang?
Ramai manusia sekarang ni tak tau apa erti persahabatan yang sebenar. Diorang ingat persahabatan tu cukup dengan mengenali dan jadikan sesorang tu sebagai tempat berkongsi ketawa, masalah dan bergurau. Dalam persahabatan ada banyak istilah iaitu kawan, teman dan sahabat. Bagi aku, ianya memang banyak beza. Kalau korang tanya kat sape-sape, mungkin diorang jawab perbezaan tu hanya pada sebutan dan ejaan. Pastu mesti diorang pakat dok gelak-gelak. Jadi bahan ketawa lak kawan, teman dan sahabat ni. Hmmm..

Bagi aku, istilah teman, kawan dan sahabat ni ada makna tersendiri dan berbeza dari segi penggunaannya. Yang membezakannya mungkin kekuatan dalam perhubungan tu. Tengok perbezaan dia kat bawah ni:

  • Teman
    - orang yang boleh menjadi tempat untuk berkongsi suka dan duka. Contohnya teman belajar, teman bermain, teman ketawa, teman hidup dan lain-lain.

  • Kawan
    - seseorang yang sama peranannya seperti teman, cuma mungkin ikatan kawan itu longgar sedikit berbanding teman. Mungkin contoh yang boleh dibawa ialah istilah "kawan makan kawan". Takde istilah "teman makan teman". So, terbukti bahawa keakraban teman itu adalah jauh lebih kuat berbanding kawan.

  • Sahabat
    - seseorang yang boleh memahami diri kita pada setiap situasi. Dia berperanan lebih istimewa berbanding teman.

    - Sahabat adalah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu untuk berperanan sebagai teman dan kawan dalam perhubungan. Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa.

  • Di sini, aku nak simpulkan bahawa sahabat adalah teman, tapi teman bukanlah sahabat. Perhubungan dengan sahabat adalah lebih kuat daripada perhubungan teman atau kawan.

    Takde apa dah aku nak tulis kat sini. Korang sila la komen bagi pendapat korang lak pasal kawan, teman atau sahabat ni. Lain orang lain pendapatnya kan? kan?

    Err.. Aku nak lepas geram kat sini.. Sape-sape nak join bleh la join sepak punggung bushit ni. Hahaha.. Jom! Jom! Aku create sendiri game ni. Susah ooo.. Heheh.. Jom main game.




    Untuk review game sepak punggung bushit atas ni, korang bleh tengok and baca kat SINI. Kredit kepada Husz yang telah ceritakan segalanya..

    Post a Comment

    01. Sila komen dengan menggunakan Bahasa Melayu atau English.
    02. Jangan komen menggunakan bahasa Uganda.
    03. Sila guna nama sendiri dan URL blog sendiri.
    04. DILARANG MEROKOK ketika menulis komen di sini.
    05. Lepas dah komen kat sini, sila komen jugak kat entri-entri lain.

    Terima kasih.

    Previous Post Next Post