Hari minggu di PWTC

Wahh.. Rasa macam lama giler aku tak update blog aku.. Semalam aku online kat mamak, tengok ada banyak giler komen kat blog Wordpress aku termasuk komen-komen spam.. Terima kasih kepada semua yang sudi melawat blog aku dan sudi bagi komen kat entri-entri dalam blog aku termasuk spammers.. Korang memang best ah.. Nanti aku belanja doa untuk korang ek.. hehe.. Ni aku nak cerita sikit kat korang.. Kalau taknak dengar, tutup telinga.. Kalau taknak baca, tolong klik iklan-iklan dalam blog aku ni.. Hahaha..

PWTCHari Ahad hari tu aku pergi event usahawan apa entah kat PWTC.. Kalau ikutkan memang aku taknak pergi event camtu.. Apa tak nye, produk MARA je keliling.. Dah la aku tengah sengkek, gaji tak dapat-dapat lagi.. Kalau tak teringin gak nak beli gambir Sarawak dengan minyak lintah.. Hahahahahaha.. Tapi aku pergi jugak la sebab nak temankan awek aku.. Boss dia suruh dia pergi event tu, tengok design-design yang ada kat situ.. Kat situ aku tengok design banner, design bunting semua macam entah pape.. Sapa yang buat design tu aku pon tak tau.. Tapi memang ikhlas aku cakap, tak hensem langsung.. Design camtu pon boleh lepas untuk tatapan umum ke? Memang aku pelik bercampur kompius sesangat.. Design crowded, mesej tak sampai, aku cuba baca text kat bunting tu tapi buat sakit mata je sebab color text sebati dengan color background.. Susah nak baca..

Setahu aku, banner, bunting, poster ni umpama daya penarik customer untuk datang ke gerai atau kedai yang jual produk tu.. Orang tengok design cantik, so jadi terasa la nak tengok produk tu lebih dekat lagi kan.. Macam tengok gambar awek cun kat social networking jugak laa.. Kalau gambar tak cun, rasa nak tengok gambar-gambar lain pon boleh jadi terbantut.. Strategi marketing kat event tu aku tengok macam failed.. Aku ada la sikit-sikit ilmu marketing bukan nak berlagak, so aku boleh la bagi pendapat aku kan..

Walaupun banyak produk yang dijual kat situ, 1 pon aku tak beli sebab bila aku datang tengok produk tu, orang yang jaga booth tu bukan nak tarik pelanggan, tapi dok diam, tengok-tengok je.. Terus aku blah dari situ.. Yang jaga booth tu awek cun.. Setakat cun je tak guna sebab tak pandai nak tarik pelanggan.. Kurang-kurang pon goda la aku yang lemah iman ni.. Hahahahha..

Dalam banyak-banyak booth yang aku singgah kat situ, aku tertarik dengan design yang kat booth bahagian IT.. Aku singgah kat booth Mercumaya, lagi aku singgah kat booth yang ada promote hosting dengan service bina laman web.. Aku siap kene soal siasat dengan brader kat 1 booth tu.. Aku lupa lak nama company dia.. Brader tu bagi penerangan kat aku pakej-pakej yang company dia tawarkan untuk buat web.. Aku lupa dah apa yang dia bagitau aku hari tu.. Yang aku ingat, laman web yang dia create tu akan pakai hosting Exabytes, and harga untuk pakej dia tawarkan tu paling murah lebih kurang RM700 (aku ingat-ingat lupa).. Bapak mahal.. Baik aku create website sendiri.. Bukan mahal sangat pon hosting.. Maybe yang brader tu dia kenakan caj untuk create laman web, sebab tu mahal.. Nasib baik aku tau sikit-sikit pasal web.. Kalau tak komfem kena maki hamun, carut marut brader tu sebab harga pakej mahal camtu.. Hehe..

Lepas melepak kat event tu, aku dengan awek aku lepak sambil makan kat food court dalam The Mall.. Kat The Mall tu aku teringin sangat nak amik gambar dengan patung McD.. Patung tu siap posing baik atas kerusi.. tapi jiwa aku telah memboikot McD.. hehe..

Ok la.. Mata pon dah mengantok ni.. Jam dah pukul 3.30 pagi.. Aku taip entri ni pagi-pagi buta tadi.. Macam biasa, menaip pakai Dreamweaver, tanpa internet.. Baru saje dipublish semasa office hour bermula tadi.. Hehe.. Ada sape-sape yang nak software Dreamweaver ke? Maybe next-next-next and next entri aku akan bagi link untuk korang download Adobe Dreamweaver.. memang superb la software ni.. Ok, that's all.. Just nak share dengan korang aktiviti aku time cuti.. Akhir kata, Selamat Menyambut Perayaan Thaipusam kepada semua warga Hindustan di Malaysia dan juga serata dunia.. Bubbye!!

5 Comments

01. Sila komen dengan menggunakan Bahasa Melayu atau English.
02. Jangan komen menggunakan bahasa Uganda.
03. Sila guna nama sendiri dan URL blog sendiri.
04. DILARANG MEROKOK ketika menulis komen di sini.
05. Lepas dah komen kat sini, sila komen jugak kat entri-entri lain.

Terima kasih.

  1. hoi.. ko dah pegi sane.. singgh la opis aku... sebelah je.. pekeliling... huh...




    Word Verification : faitzatt

    ReplyDelete
  2. huh! aku mane tau ofis ko kat situ.. lenkali bleh la lepak2 kalo aku pegi sana lagi..hik hik

    ReplyDelete
  3. ahah.. aku rase event yg ko pegi nih.. AYES punye program kan? pasal belia asia punye biz..

    kad jemputan je aku wat.. bende-bende lain bukan ek..

    pengerusi even nih bos aku le...

    ReplyDelete
  4. yeke peijal? huh.. tp siyes aku ckp, event tu memang boring giler.. haha

    ReplyDelete
  5. waa...anarm...aku pun pegi gak time ni..pegi ramai2 ngn team aku..pastu p the mall mkn2 kt tmpt ko mkn tu (dlm ati aku ttp Boikot)...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post