Tepat jam 2.12 pagi aku terjaga. Arrgghh! Aku kepanasan. Kipas ceiling tak rasa angin pon. Aku lak yang rasa nak naik angin! Selalunya time-time ni aku tengah syok layan mimpi
Hahaha.. Memang otomatik aku akan terjaga kalau rasa nak kencing
Tengah syok layan lagu tu, aku teringat balik kenangan aku zaman sekolah dulu. Ramai kawan, tak macam sekarang ni. Dalam ramai-ramai kawan tu, aku teringat kawan aku, Mat (nama dalam IC aku tak tau) yang aku anggap kawan baik aku. Dah kawin pon dia and dah dapat anak cumel-cumel. Entah bila pulak turn aku nak merasa hidup camtu. Hmmm! Lagu yang tengah bunyi time tu wat aku teringat kawan-kawan. Tapi tentu diorang takde masa pon nak ingat kat aku ni. Masing-masing dah buang aku dari hidup diorang. Lantak korang laa asalkan tak menyusahkan hidup aku sudah. Kalau korang nak tau, lagu yang aku dengar time tu lagu Disagree - Scarecrow Adams, yang mengingatkan aku pada kengkawan yang selalu layan lagu ni sama-sama dulu, jamming sama-sama, overnight sama-sama. Tapi tu semua tinggal kenangan jela sekarang ni.
Rasa sangap pulak nak jamming. Dah 5 tahun lebih aku tak masuk studio, tak pegang gitar bass, tak melalak depan microphone. Untuk sesi memanaskan badan, aku paling suka bila kitorang main lagu Love Buzz yang difeymeskan oleh band Nirvana. Salute toing toing pada Kurt Donald Cobain dan Nirvana kerana berjaya hasilkan lagu-lagu yang berhantu sampai ke hari ni tetap dikenali ramai
Sambil-sambil surf intenet, aku terjumpa link ke laman web best. Boleh jugak hilangkan sangap nak jamming. Punk-O-Matic, nama flash game yang bolehkan kita create music-music Punk Rock (sesuai dengan jiwa music aku ni). Kat bawah ni ada screenshot game tersebut dan juga contoh music yang dihasilkan kat Punk-O-Matic tu.

Band yang ada kat Punk-O-Matic
Oklah. Takde apa dah aku nak tulis. Takleh nak tido ni, so aku nak gi melantak roti telur kat kedai mamak. Nyaman skit kena embun pagi. K, see ya. Selamat!
Pssttt: Credit kepada Izz It A Blog? sebab aku amik link Punk-O-Matic dari blog beliau.
Entri yang takde motif. Sekadar nak lepaskan geram. Bilik aku panas yang amat sampai aku susah nak tido. Pada yang sudi baca tu, thanks diucapkan. Korang memang best sebab rajin baca. Membaca tu amalan yang mulia. Hehe..
Tags:
Music