Anarm nak berceloteh skit pasal perempuan

Rahsia Perempuan Berjalan


Haa.. Aku datang lagi kat sini dengan 1 artikel menarik. RAHSIA POMPUAN BERJALAN! Heheh.. Artikel ni aku dapat dari email sebenarnya. Mungkin ada di kalangan korang yang tak dapat email ni sebab penghantar email mungkin hanya hantar kat subscriber-subscriber blog dia je. Tapi... Ntah lah. Aku pon tak pasti. Apa-apa hal, aku nak share dengan pembaca blog aku ni.

Oklah. Taknak bercakap panjang lebar. Korang boleh baca kat bawah ni. Silakan. Jangan malu-malu.. Khas buat kaum wanita. Yang laki pon boleh baca jugak.

Rahsia Perempuan Berjalan

1..
perempuan jalan berginjatJika berjalan, dari belakang nampak macam tak pijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, kononnya wanita jenis ni adalah wanita yang tak jujur. Kalau berbual, mulutnya laser zzzzzzzzz dan mungkin menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang jalan camni juga terkenal dengan sikap egonya. Huh! Lebih parah lagi, wanita ni biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa fikir sebelum berbelanja. Padahal wang yang dia ada tu boleh guna untuk kegunaan lain. Tapi jangan kecik hati, sebab wanita camni biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2..
Jika berjalan, kerap menoleh ke kanan dan kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai simpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita camni tak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3..
Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita camni memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita camni tak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis camni sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4..
Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita camni biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita camni hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5..
Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya camni tak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6..
Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tak nak urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7..
saya zirafahJika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Ntah betul, ntah tidak, tak tau la.. Ni hanya kajian untuk suka-suka je kot. Kaum pompuan jangan lak nak marah aku. Aku just kongsi apa yang aku dapat je.. Huhuu..


Bosan la pulak. Jom layan lagu kat bawah ni sambil-sambil korang pikir mana satu cara korang berjalan. Bagi laki lak, sambil-sambil korang ingat balik cara awek or wife korang berjalan. Hehe..

Incubus - A Certain Shades Of Green (Versi Acoustic)




Incubus - A Certain Shades Of Green (Versi Giler)




Pssttt: Smart siot rambut dreadlock die.. huhuu

9 Comments

01. Sila komen dengan menggunakan Bahasa Melayu atau English.
02. Jangan komen menggunakan bahasa Uganda.
03. Sila guna nama sendiri dan URL blog sendiri.
04. DILARANG MEROKOK ketika menulis komen di sini.
05. Lepas dah komen kat sini, sila komen jugak kat entri-entri lain.

Terima kasih.

  1. hahaha.. ada ke orang jalan mcm zirafah.. tatau nape.. pas aku bayangkan cara perjalanan zirafah tu, aku gelak.. haha.. opss.. hehe.. aku.. tatau jalan cam ne.. aku jalan je la.. hehhe..

    ReplyDelete
  2. x kan rahsia utk pompuan ja kot? Utk lelaki xda?

    ReplyDelete
  3. ntah narm...

    kasik la rahsia/tips utk laki plak..hrhrh...maskulin beb....

    hihihihi

    ReplyDelete
  4. @army4war, aku mane tau.. zirafah ke tenuk ke.. hahahaha..

    @aL-rizQi TechNoLogiEs, utk laki blom buat kajian laki.. next time.. wait aa..

    @opaq, tip cmne ko nk bro? ko straight ke belok? hahahaha..

    ReplyDelete
  5. klau lelaki brjalan gaya itik lak, ada tak org yg nak ulas tak.....
    ada officemate lelaki jalan gaya mcm tu

    :D

    ReplyDelete
  6. oii mcm takleh blah jer...
    aku rase info ni kureng betul arr hahahaha

    takdeke huraian untuk pempuan yang jalan mendada? hahahahahahahaha

    ReplyDelete
  7. aku x sure cmner awek aku jln... nnt jumpe aku tgk.......

    ReplyDelete
  8. teringat iklan hari kemerdekaan, berjalan kedepan bukan kebelakang.

    ReplyDelete
  9. err , camne pulak care pompuan jln macam model ?
    ala2 catwalk gituuu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post