Buat email menggunakan domain dari ZoneStraits

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dari saya di blog Anarm's Journal
Apa khabar semua pembaca journal aku ni? Kamu sihat? Alhamdulillah. Yang tak sihat tu banyakkan la bersabar sebab tu semua dugaan yang Allah bagi kat korang untuk meMANTOPkan lagi iman korang. Jangan mengeluh, tak baik!

Ok laa.. Meh cerita tujuan utama entri aku kali ni. Korang tau EMAIL kan? Bukan Ismail ye.. Zaman sekarang ni email dah jadi medium perantaraan untuk korang berhubung dengan sape-sape kat dunia ni. Email jugak penting kalau korang nak daftar apa-apa akaun kat internet seperti Myspace ke, Friendster ke, Facebook ke.. Sebab semua benda tu memang perlukan email untuk setiap akaun.

Biasa makhluk-makhluk kat bumi ni pakai email dari Yahoo!, Gmail, Windows Live Hotmail, dan sebagainya. Tak tau la makhluk planet lain pakai email ape. Tu semua email yang korang boleh dapatkan secara PERCUMA dan FREE. Ada jugak email yang berbayar. Perbezaan antara email free dengan email berbayar ada banyak bezanya. Tapi kat sini aku nak cerita dari segi domain pada email tu. Contoh email free seperti namakamu@yahoo.com atau namakorang@gmail.com.. Yang berbayar pulak, namakorang@blogkorang.com atau namamu@akupunyablog.net.. Email yang berbayar nampak lebih menarik kan? Sebab boleh menggunakan domain korang sendiri.

Dalam entri sebelum ni, aku ada bagi tutorial cara-cara dapatkan domain percuma dari ZoneStraits. Kali ni aku menulis pulak tentang cara-cara untuk setting email bagi korang-korang yang menggunakan perkhidmatan dari ZoneStraits, pastu nak berlagak guna email yang ada domain yang korang daftar kat zonestraits tu.

Aku mulakan dengan contoh ek.. Contoh email yang aku nak buat, web.master@anarm.via.my (guna domain blog aku). Email ni sebenarnye buat menggunakan Google Apps. Bagi sape-sape yang takde lagi google apps, bleh daftar KAT SINI. Lepas dah login ke google apps korang, pilih Administrator: I Own This Domain. Kemudian, masukkan domain yang korang create kat ZoneStraits ke dalam kotak Enter your domain name. Lepas tu click Get Started. (Rujuk gambar kat bawah ni)

google apps

Domain untuk dalam kotak ditaip tanpa "http://". Untuk contoh ni aku just key in "anarm.via.my". Ada sesetengah tutorial menyarankan "WWW" dimasukkan sekali. Aku buat tanpa "WWW", dan ianya berjaya!!

Lepas dah click Get Started, korang akan dibawa ke laman untuk mengisi data tentang korang. Just isi je segala butiran dalam kotak-kotak kat laman tu. Lepas dah siap isi, click Continue.

google apps

Segala butiran yang terdapat dalam gambar di atas ni adalah rekaan semata-mata.

Seterusnya, korang akan dibawa ke laman berikutnya di mana untuk langkah ini, korang perlukan masukkan username yang akan digunakan untuk mengakses email korang nanti (administrator) serta password yang korang nak. Lepas tu, click butang I accept. Continue with set up.

google apps


Lepas je korang click butang tu, korang akan jumper ke laman Dashboard Google Apps untuk domain yang korang dah buat tadi. Laman ni korang boleh akses menggunakan address "https://www.google.com/a/domainkamu.via.my". Sebagai contoh, untuk domain 'anarm.via.my', URL ke google apps tu akan jadi "https://www.google.com/a/anarm.via.my".

Perkara yang perlu korang buat time dah masuk dashboard google apps, korang kena lakukan setup dulu sikit-sikit. Setup pertama korang perlu buat ialah verify domain korang untuk membolehkan korang nikmati perkhidmatan google apps ni. Click pada link Verify domain ownership (lihat gambar kat bawah ni).

google apps


Lepas tu korang akan dibawa masuk ke laman untuk verify domain ownership. Kat laman tu, ada 2 method yang perlu korang pilih iaitu "Upload an HTML file" atau "Change your CNAME record". Memandangkan korang menggunakan domain dari ZoneStraits, korang kena pilih method "Change your CNAME record".

Lepas dah pilih method tu, akan terpapar langkah-langkah untuk melakukan verification dengan method tersebut. Korang tengok CNAME yang harus korang buat pada setup di laman ZoneStraits korang. Jangan click verify lagi. Sila ke ZoneStraits untuk setup CNAME korang kat situ. Rujuk point 2 dan 3 pada langkah-langkah di google apps korang tadi.

google apps


Lepas korang dah login ke akaun domain korang di ZoneStraits, create Sub-domain pada domain utama korang. Pergi ke laman google apps korang tadi dan copy point nombor 2 di google apps tu (google481164414c882469) dan paste ke bahagian sub-domain di ZoneStraits. Cara tersebut akan wujudkan 1 sub-domain pada domain utama korang. Contoh, google481164414c882469.anarm.via.my.

google apps


Then, pergi balik ke dashboard google apps korang dan click butang Verify. Kemudian korang akan kembali ke laman dashboard dan korang akan nampak google apps korang sedang diupdate. Proses update ni biasanya makan masa lebih kurang 48 jam untuk verify domain ownership. Tapi masa yang diperlukan biasanya tak sampai 48 jam. Yang aku buat pon ambil masa dalam 40 minit je pastu dah diaktifkan.

Sementara tunggu proses updating tu, meh aku ajar korang setup untuk email korang kat google apps.

Kat dashboard google apps korang boleh tengok ada tunjuk EMAIL kan? Click Activate email pastu korang akan dibawa ke laman "Set up email delivery". Scroll ke bawah dan korang akan nampak cara untuk setting MX Record.

Sebelum korang click button yang ada, pergi ke laman ZoneStraits terlebih dahulu. Tambahkan MX Record dan priority-nya mengikut apa yang diberikan oleh Google. Under domain utama korang, add MX Record daripada google apps tu. Jangan sesekali korang ubah priority yang ada. Just copy paste je apa yang ada kat google apps tu. Bertindak mengikut arahan! Hasilnya macam kat bawah ni.

google apps


Selepas selesai upacara menambah MX Record, kembali ke laman goole apps korang dan click butang "I have completed these steps". Seterusnya, pada dashboard, di bahagian Service Setting, click pada link Email. Tujuan ni untuk memudahkan korang akses ke email korang sebab URL dia menjadi lebih pendek. Contoh di sini, http://mail.anarm.via.my. Kalau tak buat step ni, maka alamat untuk mengakses akaun korang menjadi amat panjang, http://mail.google.com/a/domainmu.via.my. Menyusahkan je taip panjang-panjang.

google apps


Lepas dah tukar URL baru macam dalam gambar atas ni, lepas click butang "Continue", korang akan masuk ke laman cara-cara untuk setting kat domain management pulak. Pergi ke domain korang di ZoneStraits, create 1 sub-domain menggunakan address "mail.domainkamu.via.my". (Buat macam create sub-domain google481164414c882469 yang aku ajar tadi). lepas tu, click pada sub-domain "mail" korang, pilih Zone Management dan kemudian tambahkan CNAME pada DNS Management dengan kotak di bahagian Data diisi dengan "ghs.google.com". Lepas tu, click butang "Add Record".

google apps


Langkah terakhir, pergi ke laman di google apps korang, kemudian click button "I've completed these steps". Dan korang akan dibawa semula ke dashboard google apps. Perhatikan link yang terpapar di bahagian email. Korang akan dapati link tersebut dah bertukar menjadi "http://mail.domainkamu.via.my".

google apps


Lepas semua aplikasi google apps korang dah aktif, korang boleh la gunakan perkhidmatan tu. Ok lah.. Tu je tutorial aku untuk kali ni. Semoga berjaya!

Kepada sesiapa yang kurang faham tutorial aku buat ni, sila kemukakan soalan di bhagian komen atau melalui YM. Add aku di YM.

8 Comments

01. Sila komen dengan menggunakan Bahasa Melayu atau English.
02. Jangan komen menggunakan bahasa Uganda.
03. Sila guna nama sendiri dan URL blog sendiri.
04. DILARANG MEROKOK ketika menulis komen di sini.
05. Lepas dah komen kat sini, sila komen jugak kat entri-entri lain.

Terima kasih.

  1. Fuh panjangnye artikel.. tapi aku lebih suka kalau ada domain sendiri.. kerana...

    leh add email tu kat gmail sedia ada je.. macam contoh email aku hoi@justkhai.com atau hoi@ohartis.com, dua dua kalau orang hantar email kat address tu, terus sampai kat email gmail aku (khaixy@gmail.com) .. means dia akan import email masuk terus ke email gmail kita..

    ReplyDelete
  2. @Khai,
    huhu.. panjang ek? hehe..
    yup.. own domain bleh buat camtu..
    power ah ko khai.. :p

    ReplyDelete
  3. kalo domain berbayar guna zoneedit.com

    ReplyDelete
  4. Panjang gila tutorial...patut ko bleh shortcut ja...

    mcm yg khai ckp tu, just redirect email@domain.com ke account email google atau yahoo yg kita ada...senang ja xyah buat banyak2 email...

    ReplyDelete
  5. pergh... panjang giler. tapi
    ni sati perkongsian ilmu yang aku
    amat respect. ade upenye kaedah macam ni.
    tapi macam yang khai cakap
    untuk pengguna domain berbayar... diaorang
    boleh buat ape kejadah domain dan email
    sesuka hati. bile mase nak buat.. bile mase
    nak delete.. terpulang.

    tapi untuk pengguna yang tadek domain
    berbayar, aku syorkan ikut care nko...
    walaupon agak panjang.. tapi berbaloi
    kalau nak cube.. dari pada tak taw
    langsung... hehehe

    syabas untuk hang... clap clap clap..

    Azman Ishak®

    ReplyDelete
  6. @senok,
    thanks kerana bekongsi url yg menarik..

    @EiNS,
    tutorial ni bg yg nak guna je..
    yg xnk xyah wat.. aku pn x guna email byk2.. hehe

    @Mr. Azman @ Kreuger,
    hak hak.. syabas sebab aku berjaya create entri ni di kala bosan yg amat.. hahahaha

    ReplyDelete
  7. Bagus tutorial nih.
    Rajin hang edit pic. :D

    ReplyDelete
  8. @Eriyza,
    hehe.. sekadar mengisi masa lapang yang boring sgt2 dengan aktiviti mengarang di blog dan mengedit gambar.. ;))

    ReplyDelete
Previous Post Next Post