My New Penthouse

Arrghhh!! Bersawang dah blog aku ni, lama tak update.. Sibuk dok pindah rumah.. Kerja kat ofis berlambak lagi yang tertangguh.. Adehhss!! OK.. Ni entri baru aku.. Cerita personal je.. Baca laa.. hehe..

Home Sweet Home17/01/2009 hari tu aku pindah ke rumah baru.. Saje nak mulakan hidup baru belajar hidup berdikari.. Sebelum ni aku menumpang kat rumah kakak aku.. Rasa menyusahkan kakak aku je aku menumpang kat rumah dia.. Dah la aku ni jenis takleh lekat kat umah.. Ada je nak gi keluar dating lepak dengan member-member.. Kadang-kadang tak balik rumah sebab keje, handle event sampai tengah malam takpon pagi-pagi esok tu baru boleh balik.. Kakak aku sampai dah bising-bising tengok aku tak lekat rumah.. Aku pon tension hari-hari kena bebel je.. Dah la badan penat lepas balik kerja, kena bebel lak.. Tekanan! So, nak menyenangkan hati dua-dua belah pihak, aku amik keputusan pindah rumah.. Setel masalah!

Sudut lain bilik aku Keadaan bilik aku masa tengah mengemasBanyak giler barang aku kena kemas nak pindah rumah baru ni.. Barang-barang aku kat bilik bersepah giler babi.. Jadi serabut otak je nak kemas.. Pening nak susun barang-barang yang nak isi dalam beg, yang nak isi dalam kotak.. Tapi yang dah masuk kotak aku tak angkut, aku tinggal kat rumah kakak aku.. Bapak payah nak bawak kotak naik motor.. Bawak beg pun payah giler sampai kena buat 3 4 trip, ulang alik bawak barang gi rumah baru.. Nasib baik ada awek aku yang terSAYANG.. Dia la yang tolong aku pegang barang-barang aku time bawak ngan motor.. Mekasih sayang!! Hehe.. Nak harap pegang sendiri, kalau tangan aku ada 8 takpe jugak.. Ni nak pegang barang lagi, nak bawak motor lagi, mana mau pakai 2 tangan je.. Lain la kalau ada kereta.. Tapi aku tak sampai seru lagi nak beli kereta.. Gaji ciput je, tak cukup nak beli kereta.. Insyaallah 1 hari nanti boleh la ada kereta sendiri.. Dapat beli Toyota Camry sebijik takpe dah.. Takpon Honda Jazz ke Honda Civic ke.. Heheh..

Tangga rumah baru Pintu rumah aku yang baruRumah baru aku ni kat Kajang.. Rumah kakak aku dulu kat Bangi.. Dekat je aku pindah.. Nasib baik la rumah-rumah kat area sini murah-murah.. Rumah aku sewa sekarang ni RM450 sebulan.. Kalau kat KL, RM450 ni aku rasa lepas sewa bilik je kot.. Entah! Rumah aku ada 3 bilik, 2 bilik air.. Aku dok master bedroom, ada bilik air dalam bilik aku.. Baru la ada ber'privacy' sikit.. Hehe.. Haaa! Ni nak bagitau korang.. Ada kosong lagi 2 bijik bilik kat rumah aku ni.. Aku tengah nak cari rakan serumah ni.. Boring lak dok sensorang.. Sesape yang nak jadi rakan serumah aku boleh la bagitau aku.. Pasal sewa tuu aku tak buat kira-kira lagi.. Maybe sewa dalam RM150 sebulan + deposit sebulan.. Apa-apa hal nanti korang boleh tengok iklan tu kat blog ni atau kat sini atau kat forum yang aku selalu join.. Errr.. Aku iklan kat sini dulu laa..

CLICK IKLAN SEWA

BILIK UNTUK DISEWA

LOKASI:
- Kompleks Hentian Kajang

KEMUDAHAN:
- Kedai Makan, 7E, Public Transport, Cyber Cafe, Dobi, DLL

SEWA:
- RM150 + Deposit 1 Bulan (tanpa perabot)

Hubungi Khairul Anam
019-611 0428 (call atau SMS)
atau melalui email : khairul_anarm [at] yahoo.com

Keutamaan diberi kepada lelaki bekerja dan jenis yang tak buat taik!!



Hah! Siap dah iklan aku.. Hahaha.. Iklan yang ditulis on the spot tanpa berfikir panjang lebor.. Hehe.. Aku kalau boleh taknak menyewa dengan student.. Nanti diorang abis belajar, susah payah pulak aku nak cari orang lain yang nak sewa.. Bukan senang nak cari.. Rumah aku sewa ni rumah baru.. Aku orang 1st sewa kat sini.. So, untuk pengetahuan korang, apa-apa perabot takde lagi dalam rumah aku.. Masih kosong, putih, suci murni lagi.. Bakal rakan serumah aku pastikan korang jenis yang tak buat taik ngan kawan-kawan! kalau jenis buat taik, paham-paham jela ek. So, sesape yang nak menyewa rumah dengan aku boleh la bagitau aku melalui telefon, email atau tinggalkan komen kat sini.. Untuk yang nak tengok rumah dulu, hari-hari bekerja kena datang tengok malam sebab malam je aku free.. Hari Sabtu boleh tengok lepas pukul 2 petang, and hari Ahad bila-bila masa je sebab Ahad memang aku free, tak kerja.. Terima kasih..

4 Comments

01. Sila komen dengan menggunakan Bahasa Melayu atau English.
02. Jangan komen menggunakan bahasa Uganda.
03. Sila guna nama sendiri dan URL blog sendiri.
04. DILARANG MEROKOK ketika menulis komen di sini.
05. Lepas dah komen kat sini, sila komen jugak kat entri-entri lain.

Terima kasih.

  1. oi da pindah!? patut aku terabai.. hahah!

    kesian awek ko naik moto pegang kotak.. ko nih kejam.. balik ko tgk tapak tgn dia.. sure da kasar cam kertas pasir kn! hakhak!

    ReplyDelete
  2. tgn die lembut lagi laa.. aku dah pegang.. hehe..

    aku pindah rumah, ko rasa terabai, pesal? :-/

    ReplyDelete
  3. :">
    saye.. saye.. saye mau menyewe.. ade bilek kosong?
    erk tapi kan.. tapi kan.. saye.. saye.. erk gugup lak.. eh gagap.. eh.. alamak.. errr..
    saye.. saye..
    ...tuuuttt..... tuuuutt.......
    (suare pompuan ayu) talian anda telah terputus kerana tidak membayar bil telefon selama 3 hari, harap dapat ambil tindakan segera~!

    ReplyDelete
  4. hak hak.. tah pape ko ni.. ko tu pompuan mane leh nyewa dengan aku.. kang kene tangkap basah.. aku taknak.. :-ss kkrr krr

    ReplyDelete
Previous Post Next Post