Event? Canopies?


Pada hari Jumaat lepas, aku ke office macam biasa. Bulan ni asyik lewat je datang keje sebab jalan yang biasa aku lalu tu ditutup sebab ada orang nak baiki jalan. So, terpaksa ikut jalan jauh. Dah la jalan tu sempit. Time orang ramai nak pegi kerja dengan time balik kerja, memang traffic jam la kat situ. Aku dan CAH terpaksa la mencelah, mencilok macam pelumba profesional, lalu di celahan kenderaan yang memang padat dan sempit yang amat macam sardin dalam tin. Kuss semangat!

Sampai office, aku tumbuk kad dulu pastu turun pegi breakfast kat Restoren Sedap a.k.a kedai mamak mapley. Lepas dah melantak roti canai 2 keping banjir, macam biasa, pekena rokok Marlboro sebatang yang aku paw dengan Bosz. Selang beberapa minit, Motorola L6 aku berkumandang bunyi lagu Bunkface - Bunk Anthem. Aku angkat, tekan butang kaler ijo, tiitt..

Aku: Hello!
Boss: Khairul tengah sarapan ye?
Aku: Ye kak. Nape?
Boss: Lepas ni Khairul tunggu CheDin datang pastu gi pasang khemah kat Padang Merbok ye..
Aku: Padang Merbok tu kat mane?
Boss: Kat KeyEll. You tunggu CheDin datang pastu you pegi naik motor dengan CheDin.
Aku: OK kak..
Boss: OK! Thanks..

(Perbualan di atas telah diedit sebab aku tak ingat ayat sebenar.)

Tut.. Aku tekan butang merah kat phone aku, putuskan talian (Skema giler ayat). Pastu phone aku bernyanyi lagi. Aku pon jawab.

Aku: Hello!
Boss: Khairul.. You takyah tunggu CheDin. You pergi dengan I ke Puchong. I ade kat bawah dah ni.
Aku: OK.. Saya naik atas dulu amik barang.
Boss: Helmet ade kan? Bawak sekali. Nanti you suruh CheDin antar you balik sini lepas abis event.
Aku: OK kak..
Boss: OK! Thanks..

(Perbualan yang ni pon aku edit jugak.)

On the way ke tempat kejadian
On the way ke tempat kejadian

Aku pon gerak ke Puchong. Lepas budak-budak lain loading barang masuk dalam lori, kitorang gerak ke site. Aku naik motor dengan CheDin. Sampai je kat site, terus turunkan barang then pasang khemah. Ada 2 3 tempat jugak la aku kena pasang khemah hari tu. Last site aku pasang khemah kat Masjid Al-Khasyi'in di Desa Petaling. Kat bawah ni ade sikit gambar yang aku snap time tengah berehat sebentar bersama teh o ais. Cekedot! (ayat Mira)


Camtu la alkisahnya setiap kali aku join event. Aku memang akan snap gambar budak-budak tengah buat keja dan suasana tempat kejadian tu. Tapi ni first time aku upload masuk blog. Sebab gambar tak cantik. Yelaa, snap guna Motorola L6, camera VGA je. Low class! Hahaha..

Post a Comment

01. Sila komen dengan menggunakan Bahasa Melayu atau English.
02. Jangan komen menggunakan bahasa Uganda.
03. Sila guna nama sendiri dan URL blog sendiri.
04. DILARANG MEROKOK ketika menulis komen di sini.
05. Lepas dah komen kat sini, sila komen jugak kat entri-entri lain.

Terima kasih.

Previous Post Next Post