AntiVir Personal 9

AntivirAvira telah me'release'kan perisian antivirus mereka, Antivir di mana versi terbaru mereka, Antivir 9, didatangkan dengan versi percuma dan versi berbayar.

Versi percuma bagi Antivir 9, AntiVir Personal 9 kini dilengkapi dengan Anti Spyware dan Anti Adware yang dahulunya hanya boleh didapati pada versi berbayar. Ia juga mempunyai option one-click threat removal.

AntiVir Personal 9

AntiVir Personal 9 disediakan khas untuk kegunaan di rumah. Walaupun ianya versi percuma, namun ia dapat mengesan dan membuang hampir kesemua malware yang mana ciri-ciri ini biasanya hanya terdapat pada versi berbayar.

Avira AntiVir Premium mengandungi kesemua ciri-ciri dalam perisian percuma, ditambah dengan ciri-ciri pengimbas email, WebGuard untuk "safe web surfing", dan keupayaan bagi mewujudkan satu bootable rescue CD. Versi premium boleh didapatkan dengan harga 19.95 Euros atau lebih kurang $26USD.

Sila download AntiVir Personal 9 di sini:
Avira Official Website
Filehippo.com

Sebelum menginstall versi 9 ni, pastikan korang uninstall dulu Avira versi terdahulu yang terdapat kat PC korang. Avira merupakan antivirus yang selama ni aku pakai. Aku pakai di PC office aku dan juga laptop aku. Walaupun ianya percuma, namun secara keseluruhan kemampuannya memang bagus, asalkan korang rajin mengupdate database virusnya.

Semoga perolehi manfaat melalui entri aku ni. Sekian. Salam.

[Bahan rujukan: CNET]

3 Comments

01. Sila komen dengan menggunakan Bahasa Melayu atau English.
02. Jangan komen menggunakan bahasa Uganda.
03. Sila guna nama sendiri dan URL blog sendiri.
04. DILARANG MEROKOK ketika menulis komen di sini.
05. Lepas dah komen kat sini, sila komen jugak kat entri-entri lain.

Terima kasih.

  1. dulu aku pakai avira..
    tapi slacknya dier tak auto update..
    abis komp aku kene format sebb virus n aku lupa update..
    hehe..
    tapi mmg bagus kalo rajin update selalu..

    ReplyDelete
  2. @Jaws,
    avira tak auto update? bior betol ko ni..
    aku pkai avira, tiap2 ari die auto update..
    kadang2 smpai nyampah asyik update auto je..
    hahaha.

    ReplyDelete
  3. yes aviraku memang hebat.. hahahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post