Masalah demi masalah

Dalam minggu ni, kalau boleh aku kena cari rumah sewa.. Huhu.. Tadi dah cari tapi macam takde je mengeluh.. Ade krisis sikit dengan tuan rumah kakak aku yang aku duduk sekarang ni..

Adehh.. Tak habis² masalah aku ni.. Aku pon tak paham kenapa.. Naik rimas otak aku nak mikir.. Kakak aku dok bising² membebel sebab aku selalu balik umah lewat, time cuti pon aku tak lekat kat umah.. Camne nak lekat umah, kerja berlambak nak kena buat.. Hujung minggu aku kena join event, dah tentu balik lepas tengah malam.. Tak pon pagi baru balik sebab kena kemas barang² event dulu.. Event yang handle lak biasa abis pon dah tengah malam.. Kalau takde event, aku kena dok ofis buat design.. Banyak pulak tu yang nak kena design.. Sekarang ni pon dok kat ofis, edit² design yang dah buat.. Otak pulak blank.. Ni dah pukul 1 pagi dah, aku dok kat ofis lagi.. Esok kerja.. Demn!

Warrrgghhhh!! Mintak tolong.. serabut otak Aku dah serabut otak.. Rasa cam nak jadi bigfoot tidak! tidak!, dok dalam gua.. Takyah nak pikir ape².. Tapi... Cam bosan pulak.. Hari² mengadap dinding gua, berkawan dengan kelawar je.. Huh! Ape la nasib.. Uih.. Haaa.. Teringat lak lagu dalam cite Ali Baba Bujang Lapok.. "Beginilah nasib".. Haa.. Macam sesuai je ngan jiwa aku sekarang ni.. Hah! Jom layannnn..


Terima kasih kepada pakcumy kerana berkongsi video klip lagu ni..

LIRIK +/-

Beginilah Nasib
Diriku yang malang
Oh Tuhan..
Tak boleh bersenang lenang
Berehat sekejap isteri dah meradang gedik
Kerja berat takut reput tulang

Tidaklah boleh ku kenanglah kenang
Oh air lah mata hai jatuh berlinang
karam di laut dapat ku renang
karam di hati nak bayar hutang

Begini lah nasib
Diriku yang malang
Oh Tuhan..
Tak boleh bersenang lenang
Berehat sekejap isteri dah meradang gedik
Kerja berat takut reput tulang

Tidaklah boleh ku kenanglah kenang
Oh air lah mata hai jatuh berlinang
karam di laut dapat ku renang
karam di hati nak bayar hutang


-2 B KONTINIU-

Post a Comment

01. Sila komen dengan menggunakan Bahasa Melayu atau English.
02. Jangan komen menggunakan bahasa Uganda.
03. Sila guna nama sendiri dan URL blog sendiri.
04. DILARANG MEROKOK ketika menulis komen di sini.
05. Lepas dah komen kat sini, sila komen jugak kat entri-entri lain.

Terima kasih.

Previous Post Next Post