Hari yang aku berfikiran kusut

aku kusut
Bukan gambar aku.. Gambar hiasan semata-mata

Hari ni (maksud aku semalam) aku cuti.. Takde bagitau pape pon kat boss.. Cuti buat sendiri.. Heheh.. Penat! Balik dari event KEKKWA kat Johot pastu dah kena gi event pada keesokan harinya pulak.. Dah la tak tido time event kat Johor tu.. Baru nak lelap belakang lori, matahari dah panah bijik mata.. Pedih giler.. Bangun cari port lain.. Uih! On (member se'event' aku) pon lelap kat belakang lori gak.. Dah takde port lain nak lelap, tepaksa balik ke port asal.. Baring.. Golek².. Mata dah tak bleh pejam.. Bangun beli roti kat 7E ahh.. Bukan 7E pon tapi kedai ala² 7E.. Tapi tak bukak 24 jam.. aku mengantok

Bukak peti ais kat kedai tu.. Pilih air.. Ambik air Coke.. letak balik.. Ambik 100plus.. letak balik.. Nak ambik air lain, tengok mata cashier dok perati tingkah laku aku.. Tangan secara melulu terus sambar 1 botol air.. Tengok² air Coke yang aku ambik.. Boleh lah!! Pastu cari roti pulak.. Melilau aku cari roti dalam kedai tu, tak jumpe.. Huh! Dok menyorok roti tu.. Interior designer mane la yang susun benda² dalam kedai ni.. Marah² pulak sebab penat cari barang tak jumpa .. "Winston takde ek?" Cashier geleng² kepala.. "Bagi Pall Mall 14, merah"..

Petang tu event habis dalam pukul 6 petang.. Packing² semua barang, bawak naik atas lori.. Pukul 9 malam kitorang gerak balik ke Puchong.. Berenti banyak kali sebab On penat bawak lori.. Pukul 4.30 pagi lebih² sikit sampai Puchong.. Pastu prepare barang² untuk event senamrobik pulak.. Aku kena jaga P.A system kat Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).. Pukul 9 pagi senamrobik abis.. Aku packing barang² P.A. sorang².. Huh! Penat angkat barang berat².. Terpaksa! mengeluh

Lepas dah setel semua, ade event kt Jomheboh lak.. Bla bla bla bla... Malam balik umah, tido.. Bangun² dah tengahari.. eh! petang.. eh! ntah aku dah lupa tengahari ke petang.. Pastu kepala sakit².. Petang gaduh lak dengan si dia kot SMS.. Tak jadi nak gi date.. Lepak ofis jela.. Release tension kat ofis.. Buat keje sikit².. Takde mood, takde idea.. Main game Pet Society kat Muka Buku sambil YM dengan kengkawan..

Sekarang semua dah tido.. Tinggal aku sorang je yang online mengeluh.. Tengok jam dah pukul 2.24 pagi.. Balik tido ah.. Kalau takleh tido pon boleh gak baca novel.. lagipon esok keje, bangun lewat pulak nanti.. Kang tak pasal² kene buat cuti lagi.. Fikiran aku kosong.. tapi aku rasa kusut!! aku kusut

4 Comments

01. Sila komen dengan menggunakan Bahasa Melayu atau English.
02. Jangan komen menggunakan bahasa Uganda.
03. Sila guna nama sendiri dan URL blog sendiri.
04. DILARANG MEROKOK ketika menulis komen di sini.
05. Lepas dah komen kat sini, sila komen jugak kat entri-entri lain.

Terima kasih.

  1. wah.. lek bro.. lek... biasa la tu dugaan... think +ve je hehehe...

    ReplyDelete
  2. ok2.. dah x emo mane dah.. dah sihat walafiat.. hehe

    ReplyDelete
  3. bagus2 hhehehe.. lain kali kalau jiwa kacau lagi try makan julap plak.. org kata mujarap (cubaan pedajal orang)

    ReplyDelete
  4. hoishh!! kalau makan julap lg la jiwa kacau.. dok mengadap Mr. Tan Das je..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post