Irama pengubat jiwa kacau

jiwa kacau
Sejak kebelakangan ni rasa macam taknak buat apa² kerja dah.. Rasa nk berenti kerja pon ada gak terbit dari lubuk hati ni.. Kerja yang dari dulu aku idamkan, dapat tapi still tak menepati citarasa.. Aku tak boleh nak fokus jika buat kerja² yang bukan citarasa aku.. Macam terpaksa.. tak ikhlas je.. Dok ofis pon aku just buat kerja sikit²... Otak aku dah blank terus.. Ada masa² tertentu aku paksa jugak perah otak ni buat kerja² design kerana aku fikirkan tanggungjawab aku sebagai pekerja kat sini.. Yang pasti sekarang ni aku tengah JIWA KACAU (bak kata PrincessLavender).. dah nasib aku!! mengeluh

Sekarang ni aku lebih suka layan dengar muzik je.. Dengar lagu² band luar negara.. Dengar lagu melayu kita ni buat aku sesak nafas, sebak, kelakar.. Just band² dari scene underground je yang boleh masuk kepala.. Semalam tengah lepak² kat taman sensorang, terdengar lagu Weezer - Perfect Situation.. Lagu yang banyak kenangannya bagi aku.. Takyah la mintak aku ceritakan kenangan tu kat korang.. Nanti korang kata aku ni jiwang karat la ape la.. Biar jela aku simpan je dalam hati aku.. muke ketat

Balik rumah semalam aku cari balik CD lagu² Weezer yang aku burn dulu.. Tapi banyak yang dah rosak sebab CD calar jiwa kacau.. Kat ofis hari ni aku google, cari dan download lagu² tu kat internet.. Untuk download lagu biasanya aku search kat 4shared.. Aku suka sebab kat situ senang nak download apa² lagu.. dan aku pon ade jugak daftar akaun di 4shared.com tu untuk share ape² fail dengan kengkawan..

Kat sini aku rasa nak kongsi sikit la lagu yang bagi aku memang perfect, sesuai dengar di kala marah, sedih, suka, duka, sakit hati, dengki, dan semestinya JIWA KACAU.. Bagi aku lagu² ni boleh menenangkan aku.. Dipersembahkan.. WEEZER.. Haha.. Cam pengacara majlis lak gelak cumel..

Senarai lagu² Weezer yang aku suke:

» Don't Let Go
» Photograph
» Hash Pipe
» Island In The Sun
» Crab
» Knock Down, Drag Out
» Smile
» Simple Pages
» Glorious Day
» O Girlfriend
» Troublemaker
» This Is Such A Pity
» The Other Way


Walaupun lagu² ni dah lama, tapi takpe la.. Kot² ade sape² yang teringin nak dengar lagu² yang aku suke ni.. Kalau taknak, sudah.. Dok diam²..

4 Comments

01. Sila komen dengan menggunakan Bahasa Melayu atau English.
02. Jangan komen menggunakan bahasa Uganda.
03. Sila guna nama sendiri dan URL blog sendiri.
04. DILARANG MEROKOK ketika menulis komen di sini.
05. Lepas dah komen kat sini, sila komen jugak kat entri-entri lain.

Terima kasih.

  1. huuuuuhhh.. x abis lg eh jiwa kacau.. adeehhh.. cuba ko main lempang laju2.. gerenti ilang jiwa kacau ko tu.. nk try??? jom!!

    ReplyDelete
  2. xtau bile nk abis jiwa kacau aku ni.. lepas 1 1.. eh!! ape plak.. lepas 1 2 la.. lepas 2 3.. lepas 3 4.. rimas aku.. rasa nk belajar ilmu hitam je.. santau org² yg buat jiwa aku kekacauan (x termasuk awek aku.. aku still sayang kt die)..

    ReplyDelete
  3. hahahah.. kalau rasa2 nak kene lempang laju2 tu.. jangan segan2 bgtau kitorang.. aku tak kisah.. sebab hobi masa senggang aku lempang orang hahahaah!!!

    ReplyDelete
  4. huh! ganas rupanye army ni.. walaupun luaran nampak penuh kelembutan yang amt sgt²..haha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post