
PENDIDIKAN AWAL
Mendapat pendidikan awal di Tadika Islam ketika berumur 6 tahun. Kemudian belajar di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1, daripada darjah 1 hingga darjah 3. Darjah 4 berpindah ke Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 di Kota Bharu, Kelantan. Sebab bertukar, abah aku transfer kerja ke cawangan Kota Bharu. Sebelum ni abah aku bekerja sebagai Ketua Polis Balai Kubang Kerian.
Darjah 6, dapat result
PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH
Dalam peperiksaan PMR, dapat result
Lepas SPM, bekerja di Johor Bahru, menimba pengalaman kerja di kilang elektronik di Kangkar Tebrau, Johor Bahru.. Memang penat tak hingat.. Pendekkan cerita.. Lepas tu aku terima tawaran sambung belajar di Noble College of Technology yang terletak kat Taiping, Perak.. Kat situ ambik Diploma Teknologi Multimedia.. Ketika masih study kt situ, abah bersara dari kerja polis dan balik ke kampung halaman di Teluk Intan, Perak.. Terpaksa jadi orang Perak pulak.. Tapi kalau ikutkan yang betul-betul, mak aku orang Selangor, abah aku orang Perak, terhasillah "Anarm, The Selerak Man". Kah kah kah..
ALAM PEKERJAAN
Lepas tamat belajar, mula masuk ke alam pekerjaan. Sering bertukar-tukar kerja sebab tak ngam dengan kerja tu. Sekarang ni bekerja sebagai Graphic Designer di sebuah company Event & Advertising yang terletak di Presint 15, Putrajaya.. Buat masa ni, rasa gembira dengan pekerjaan sekarang. Walaupun penat buat design dan join event-event, tapi gembira sebab dekat dengan si dia. Sesape yang dah pernah masuk ke blog aku ni, sudi-sudi la melawat blog awek aku jugak.. Terima kasih..
MY WISHLIST
PENUTUP KATA
Tiada pendiam yang tak meninggalkan misteri. Ketika berdiri, duduk atau baring dalam diam, rumit untuk sesiapa pon mengerti apa yang sebenarnya disimpan di benak fikiran atau di lubuk hati. Sesekali berbicara namun kata-kata yang terbatas itu tidak mampu merungkaikan tentang siapa diri yang sebenar..
Wallahualam! Assalamualaikum..
Tags:
Personal
Peluang jana wang dengan kami iaitu water nano can,anda akan memiliki website sendiri untuk promosi online,keja penghantaran produk oleh admin...tugas anda yang minat bisnes online ialah dengan promosi website sahaja,ini lamam yg boleh anda kunjungi http://offto.net/nanocan/
ReplyDelete