Blog aku berat ke?

Aku kembali ke blog aku ni dengan kesihatan yang kurang memberansangkan.. Aku eksiden hari Khamis lepas, masa on the way nak balik umah, dari ofis aku (kat Putrajaya).. Entri pasal eksiden tu nanti aku buat.. Tapi tak confirm lagi nak publish kat sini atau kat blog aku yang 1 lagi..

Untuk tau apa yang aku updated kat blog, korang boleh tengok kat Plurk atau Twitter aku.. Lagi bagus kalau korang subscribe kat sini dan jugak kat sini untuk mengetahui update blog aku..


Berat ke blog aku?Entri kali ni aku nak cerita pasal berat ke tak berat blog aku ni atau mungkin blog korang jugak.. Aku baru je terbaca entri kat blog Boonto berkaitan blog yang stabil dan disukai ramai hingga menjilat buku lali.. Aku tertarik dengan entri yang beliau tulis.. Sebelum ni aku ada jugak terbaca kat blog Chokilala dan blog JustKhai tentang jenis-jenis blog yang boleh menarik minat orang ramai.. Tapi kalau content tu tak menarik macam blog aku ni sia-sia jugak la..



Untuk pengetahuan semua blogger kat luar sana tu (yang dah tau pasal ni sila take note jugak ek), visitors paling suke loading page yang smooth dan ringan (kalau ayat aku salah sila betolkan).. Maksud aku, visitors suka blog yang cepat keluar bunyi macam lucah je, takyah diorang tunggu lama semata-mata nak tengok/baca content dalam blog korang.. Blog aku ni, setelah ditesting kat sini, hasilnya menunjukkan blog aku ni ambik masa selama 9.63 saat untuk habis load.. Kira cepat jugak la.. Tapi aku rasa kiraan masa tu tak betol.. Kalau intenet slow cam siput sedut mesti loading page pon lama giler.. Then, visitors tanpa fikir panjang terus tekan tanda "X".. Mana mau diorang tunggu lama-lama, melainkan blog korang tu blog artis, blog lucah ataupun blog CheDet.. hehe..

Ada banyak sebab sesebuah blog tu jadi berat.. Yang paling mudah dikesan, penggunaan image yang saiz failnya terlalu besar.. Biasanya blog menggunakan image file berformat .jpeg, .gif, .png.. Lain-lain format aku tak pasti.. Aku biasa optimize image-image dalam blog pakai software Adobe Photoshop, boleh kecikkan sikit saiz file sesuatu image.. Image berformat .png boleh melambatkan proses loading sesebuah blog kerana saiz failnya besar berbanding .gif..

Selain tu, penggunaan javascript yang melampau-lampau pun boleh jadi punca loading lambat.. Ditambah pulak dengan widget yang entah apa-apa kat sidebar macam blog aku ni pon akan melambatkan proses loading..

Senarai penyebab loading sesebuah blog jadi lambat:

  • Flash file (.swf); contohnya gadget seperti Flash Clock, Slide Photo, Twitter, Plurk, MP3 Player, iklan-iklan berat, dan lain-lain..

  • File Javascript (.js); contohnya Marquee Text, Snow Effect, Fancy Zoom Photo, dan lain-lain..

  • Image size besar (.jpg, png, gif dan sebagainya); Contoh muka depan (homepage) yg mengandungi terlalu banyak image yang bersaiz besar.. Lebih-lebih lagi image berformat .gif (animation)

  • Template yang terlalu banyak image sama ada pada Header, Sidebar atau Footer.. Biasanya di bahagian Sidebar sebab kat situ boleh letak banyak benda (widget)

  • Terlalu banyak posting di muka depan (front page).. Sila kurangkan bilangan posting pada front page blog korang..

  • Music background, video background, dan lain-lain..

Banyak lagi yang boleh jadi punca loading page lambat.. Kalau nak senaraikan semua memang panjang giler la entri aku.. Nanti la lain kali aku update topik ni.. Kalau tak nyempat-nyempat jugak nak tau, sila Google.. Hehe..

*Credit kepada Boonto

10 Comments

01. Sila komen dengan menggunakan Bahasa Melayu atau English.
02. Jangan komen menggunakan bahasa Uganda.
03. Sila guna nama sendiri dan URL blog sendiri.
04. DILARANG MEROKOK ketika menulis komen di sini.
05. Lepas dah komen kat sini, sila komen jugak kat entri-entri lain.

Terima kasih.

  1. blog ni memang berat. Aku guna connection t3 kat lab aku, still lambat nak load. cuba buang gadgets dgn gambar yang melambak tu.

    ReplyDelete
  2. hehe.. dah agak dah.. mekasih sbb tlg check.. nanti aku buang gambar yang entah ape2 tu..

    ReplyDelete
  3. salam..
    nk tinggal tapak kaki kat sini..
    hehe.. aku yg gune tenet opis ni, xlah rase konye blog berat.. cume aku x caye 9saat tu la.. sbb blog ko aku rase same berat mcm blog mira..
    hehe

    ReplyDelete
  4. loading time tu aku rasa depends pada intenet connection, laju ke tak laju.. bukan btol pon 9saat tu.. kalau connection stakat gprs mcm mira mesti la lagi lama nk abis load.. haha.. sian mira tak dapat online kat tapah.. mesti sangap gile.. heheh

    WORD VERIFY: mairrab
    (aku login kat komen ni sbb tu ade word verify)

    ReplyDelete
  5. HOISHHH!!!! nasib aku test blog ni untuk backlink tu.. kalau aku tak jumpa korang mengadu domba kat sini guna nama aku.. hahahaah KANTOI!!

    ReplyDelete
  6. alamak kantoi.. maafkan saya penunggu gua.. maafkan saya penunggu gua..

    ReplyDelete
  7. hmmm... nak tepat samada blog kita ringan atau berat ..

    [http://tools.pingdom.com]

    aku test blog ko ..loading time dia 3.8 seconds..

    kira cantik le tu ..
    Anyway... thanks for the info :)

    ReplyDelete
  8. aku da ckp berat!! ko xnk caya! mmg berat! blog ko byk lemak. so srh dia diet mulai skrg ok.. meh joint aku diet meh!!

    ReplyDelete
  9. HYDIR - mekasih bg link best.. tp die punye masa load tu still berubah-ubah.. mcm tak tetap pendirian je.. hehe

    ReplyDelete
  10. LABENDER - aku takmo diet.. intenet ko yg slow bukan blog aku yg berat.. ko tgk ape org atas ko komen, die pn cakap ok je blog aku load..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post